Assalamualaikum wbt.,
Hari ini sangat memenatkan. Syukur alhamdulillah dikurniakan kesihatan fizikal dan dapat melakukan banyak perkara.
Pertama sekali, dapat menyiapkan extended abstract (deadline harini baru nak siapkan part discussion)..siap buat kat ptsl ukm lagi tu, nak dapat suasana kondusif la katakan. Tapi tak tipu, serius memang boleh siap dalam masa 2 jam setengah. Duduk kat upm berhari-hari idea tak datang jugak! Lepas ni cadang nak writing lepaking kat ptsl ukm je.
Yang kedua pergi Seremban, selesaikan masalah insurans kereta. Banyak pengajaran bila berlaku kemalangan ni. Lepas ni kalau kena lagi dah tahu nak buat apa. Harap tak akan berlaku lagi la. Leceh dan lelah bila kereta masuk bengkel ni. Lagi2 bila melibatkan claim insurans. Apapun semua yang berlaku itu ada hikmahnya.
Ok. Lari dari tajuk post. Mudahkan jangan susahkan. Kalau anda rasa saya susahkan anda, dan saya pula tak rasa menyusahkan anda. Macam mana nak selesaikan kes ni? Bawa berbincang la. Ini bila diajak berbincang, diam membatu seribu bahasa. Be matured la..kita ni dah besar, umur pun dah meningkat. Nak buat perangai macam tak sempurna lagi akal tu buat apa? Tak ada faedah pun. Lepas tu, orang yang tak bersalah pun turut sama kena tempias hanya kerana satu perkara yang remeh. Memang rasa b*d*h! Saya marah? Mula tu rasa juga nak marah. Tapi buat apa saya nak pilih untuk marah? Kalau pilih nak marah juga, saya pun sama la b*d*hnya..agak kasar writing harini. Maaf jika kurang senang membacanya.
Kesimpulan nak buat kat sini, bila fikir guna akal yang waras. Jangan cepat melatah tahu nak melenting je. Lepas tu rasa diri kau je yang betul, orang lain semua salah. Cubalah fikir yang baik-baik dari nak fikir yang buruk je. Tiada siapa yang nak aniaya kau melainkan kau sendiri yang menganiaya diri sendiri. Pilih untuk mudahkan sesuatu perkara. Jangan asyik nak fikir semuanya susah, susah dan susah. Sampai bila pun akan susahkan diri dan orang lain! Lagi satu nak ingatkan ni, bila kita rancang sesuatu lepas tu tak ikut seperti yang dirancang, tolong jangan asyik nak salahkan orang lain. Ingat, kita hanya mampu merancang. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan Allah SWT. Siapa kita untuk mempersoalkan itu dan ini? Semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Sekian.
No comments:
Post a Comment