Tuesday, 8 December 2015

INGIN BELI PERFUME ORI TAPI TAK MAMPU?

Dengar je wangian original, terus terfikir mahal. Takpe saya faham keadaan tu..

Kita teringin nak pakai minyak wangi yang mahal tapi kita mampu tengok je..😭

Nak beli pun fikir 10 kali. Terkadang tu 30 ml je tapi harga sampai RM500++!!!😫

Sekarang ni saya nak kenalkan minyak wangi De'Xandra yang diinspirasikan dari jenama wangian antarabangsa dan ianya membantu anda mendapatkan wangian jenama yang terkenal & terlaris di pasaran dengan harga mampu milik!

[KEISTIMEWAAN DE'XANDRA INSPIRED PERFUMES]
1) Tahan lebih lama melebihi 8 jam
2) Harga mampu milik RM65
3) Mudah dibawa travel
4) Produk bumiputera
5) Setanding produk antarabangsa
6) 35 ml EDP perfume

Jika anda tak puas hati dengan kualiti De'Xandra perfume, hubungi saya dan wang anda akan dikembalikan.

"Dh try dh perfume ni. Mmg sebijik bau die ngn yg original. Kuat pulak tu baunya, pakai sikit je dh bau satu bilik" - Pn. Raihana

"Bagus2 tahan lama gila. Dah mandi pun ada bau lagi." - En. Ismail Fahmi

Nak cuba De'Xandra perfume?
SMS/WhatsApp 011 10655494 sekarang. Anda akan dapat sebotol mini De'Xandra PERCUMA!😆

PROMOSI ini TAMAT jam 12 tengah malam ESOK. Tawaran untuk 50 PEMBELI PERTAMA sahaja.

SMS/WhatsApp 011 10655494 segera untuk sebotol mini De'Xandra percuma!!!

Friday, 4 December 2015

Mudahkan jangan susahkan...

Assalamualaikum wbt.,

Hari ini sangat memenatkan. Syukur alhamdulillah dikurniakan kesihatan fizikal dan dapat melakukan banyak perkara.

Pertama sekali, dapat menyiapkan extended abstract (deadline harini baru nak siapkan part discussion)..siap buat kat ptsl ukm lagi tu, nak dapat suasana kondusif la katakan. Tapi tak tipu, serius memang boleh siap dalam masa 2 jam setengah. Duduk kat upm berhari-hari idea tak datang jugak! Lepas ni cadang nak writing lepaking kat ptsl ukm je.

Yang kedua pergi Seremban, selesaikan masalah insurans kereta. Banyak pengajaran bila berlaku kemalangan ni. Lepas ni kalau kena lagi dah tahu nak buat apa. Harap tak akan berlaku lagi la. Leceh dan lelah bila kereta masuk bengkel ni. Lagi2 bila melibatkan claim insurans. Apapun semua yang berlaku itu ada hikmahnya.

Ok. Lari dari tajuk post. Mudahkan jangan susahkan. Kalau anda rasa saya susahkan anda, dan saya pula tak rasa menyusahkan anda. Macam mana nak selesaikan kes ni? Bawa berbincang la. Ini bila diajak berbincang, diam membatu seribu bahasa. Be matured la..kita ni dah besar, umur pun dah meningkat. Nak buat perangai macam tak sempurna lagi akal tu buat apa? Tak ada faedah pun. Lepas tu, orang yang tak bersalah pun turut sama kena tempias hanya kerana satu perkara yang remeh. Memang rasa b*d*h! Saya marah? Mula tu rasa juga nak marah. Tapi buat apa saya nak pilih untuk marah? Kalau pilih nak marah juga, saya pun sama la b*d*hnya..agak kasar writing harini. Maaf jika kurang senang membacanya.

Kesimpulan nak buat kat sini, bila fikir guna akal yang waras. Jangan cepat melatah tahu nak melenting je. Lepas tu rasa diri kau je yang betul, orang lain semua salah. Cubalah fikir yang baik-baik dari nak fikir yang buruk je. Tiada siapa yang nak aniaya kau melainkan kau sendiri yang menganiaya diri sendiri. Pilih untuk mudahkan sesuatu perkara. Jangan asyik nak fikir semuanya susah, susah dan susah. Sampai bila pun akan susahkan diri dan orang lain! Lagi satu nak ingatkan ni, bila kita rancang sesuatu lepas tu tak ikut seperti yang dirancang, tolong jangan asyik nak salahkan orang lain. Ingat, kita hanya mampu merancang. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan Allah SWT. Siapa kita untuk mempersoalkan itu dan ini? Semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Sekian.