Thursday, 26 November 2015

Bond No. 9, perfume orang kaya!

Assalamualaikum wbt.,

Okay, nak mempromosikan perfume inspired  terbaru De'Xandra! Ini adalah antara perfume termahal, BOND NO 9 dengan harga original RM1238.00! Ramai sangat dah orang minta De'Xandra keluar perfume mahal, jenuh HQ mencari pati. Dah la mahal. Lepas ni dah tak keluar, hanya keluar sekali je ni. TEST MARKET BOND, PERFUME ORANG KAYA!😉

Kalau saya, habis la duit gaji. Lebih baik beli EMAS..hahaha..Nak test? Boleh WhatsApp 011-10655494.

Cuma ada 400 botol. 400 orang sahaja yang boleh cuba perfume ribu-riban ni dengan HARGA RM65.00...murah tak? Jom beli satu!

Wednesday, 25 November 2015

Sakit itu ini...

Assalamualaikum wbt.,

Kabare semua? Didoakan agar semuanya dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.

Pagi ini saya berada di HUKM, seperti biasa melakukan rutin setiap 3 bulan di sini. Alhamdulillah, saya masih mampu melakukan aktiviti harian dengan sendiri. Syukur Allah masih lagi mengurniakan nikmat kekuatan fizikal itu.

Sebelum ini, pernah juga terlintas rasa penat mengharungi rutin berulang ke HUKM. Saya juga pernah tertanya-tanya sampai bila semua ini nak berakhir walaupun saya sendiri tiada jawapan yang pasti. Sakit memang sakit. Tapi itu tak bermakna saya harus ada rasa 'self-pity'. Tiada manfaat untuk rasa itu.

Mengapa kita perlu merasa sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya sedangkan kita boleh memilih untuk rasa bersyukur? Mengapa kita perlu menjadikan sakit itu sebagai tiket alasan untuk kita tidak melakukan amal ibadat dengan sempurna sedangkan kita boleh menjadikan sakit itu sebagai tiket untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya?

Persoalan utamanya di sini ialah mengapa kita amat sukar untuk melihat semua perkara itu dari sisi yang baik? Jawapannya ada pada kita. Tepuk dada tanyalah iman!

Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, baik atau buruk pada pandangan mata manusia, adalah yang terbaik di sisi Allah SWT.

In shaa Allah selepas ini saya akan kongsikan pula ganjaran bagi mereka yang diuji dengan kesakitan tetapi mereka memilih untuk tetap sabar dan redha.

Saya minta diri dulu sebab giliran nak ambil darah dah dekat..😊

UKM di hati!

Assalamualaikum wbt.,

Dah kenapa tiba-tiba je UKM di hati?..haa..jangan tak tahu, tengah berhasrat nak mohon kerja kat UKM. Makanya perlulah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, dan semestinya saya menulis kali ini dalam Bahasa Melayu..

Risau juga bila dah masuk semester akhir ni. Penulisan tesis tak siap lagi. Jangankan tesis, jurnal pun tak mula tulis lagi, kerja di makmal pun masih 50% lagi tak siap. Tunggu punya tunggu la 'purchase order' tapi tak dapat-dapat. Dah macam menunggu kucing bertanduk. Hanya mampu sabar dan teruskan berdoa. Moga Allah permudahkan urusanku di sini.

Sungguh saya TAKUT! Macam-macam dalam kepala ni nak kena fikir. Mulanya memang nak kena tumpu pada phD, tetapi sekarang saya kena mula mengorak langkah di mana dalam masa yang sama kena cari kerja. Nah, saya nampak UKM. Memang UKM di hatilah!Tak salah mencuba nasib di situ. Mohon kalian semua mendoakan saya.

Apa aktiviti terbaru? Disebabkan tangan ni tak boleh duduk diam, saya tanam pokok bunga daisi. Kenapa daisi? Sebab daisi nampak cantik di mata saya. Haha..apa punya jawapan laa..terkini saya dengan rasminya jadi ejen pengedar wangian jenama De'Xandra. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nanti jemput semua yang baca blog saya ni LIKE page E'Lodea di Facebook. Jangan lupa tu, LIKE tau! Tanpa sokongan anda siapalah saya. Chewaahh, sempat lagi kau bermadah!

Sekian kut buat masa ni. Nanti bila lapang lagi, saya update! In shaa Allah akan kerap update, sebab dah pasang niat tak nak bagi blog ni bersawang lagi..nawaitu tu penting!😉

Kepada peminat daisi, nah saya kongsikan gambar daisi-daisi yang saya tanam kat sini. Ada la sikit. Moga kita boleh berkongsi ilmu dalam menjaga pokok bunga ni. Sangat dialu-alukan kalau nak kongsi tips penjagaan dan yang sama waktu dengannya...😊