Wednesday, 25 November 2015

Sakit itu ini...

Assalamualaikum wbt.,

Kabare semua? Didoakan agar semuanya dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.

Pagi ini saya berada di HUKM, seperti biasa melakukan rutin setiap 3 bulan di sini. Alhamdulillah, saya masih mampu melakukan aktiviti harian dengan sendiri. Syukur Allah masih lagi mengurniakan nikmat kekuatan fizikal itu.

Sebelum ini, pernah juga terlintas rasa penat mengharungi rutin berulang ke HUKM. Saya juga pernah tertanya-tanya sampai bila semua ini nak berakhir walaupun saya sendiri tiada jawapan yang pasti. Sakit memang sakit. Tapi itu tak bermakna saya harus ada rasa 'self-pity'. Tiada manfaat untuk rasa itu.

Mengapa kita perlu merasa sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya sedangkan kita boleh memilih untuk rasa bersyukur? Mengapa kita perlu menjadikan sakit itu sebagai tiket alasan untuk kita tidak melakukan amal ibadat dengan sempurna sedangkan kita boleh menjadikan sakit itu sebagai tiket untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya?

Persoalan utamanya di sini ialah mengapa kita amat sukar untuk melihat semua perkara itu dari sisi yang baik? Jawapannya ada pada kita. Tepuk dada tanyalah iman!

Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, baik atau buruk pada pandangan mata manusia, adalah yang terbaik di sisi Allah SWT.

In shaa Allah selepas ini saya akan kongsikan pula ganjaran bagi mereka yang diuji dengan kesakitan tetapi mereka memilih untuk tetap sabar dan redha.

Saya minta diri dulu sebab giliran nak ambil darah dah dekat..😊

No comments:

Post a Comment